Solat Sunat Sebelum Subuh Niat Dan Cara Melaksanakannya – Solat sunat sebelum subuh adalah salah satu amalan sunnah yang dikerjakan sebanyak dua rakaat sebelum menunaikan solat fardu Subuh.
Senarai Kandungan
Amalan ini sangat dianjurkan kerana keutamaan yang terkandung di dalamnya. Rasulullah SAW bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya
HR Muslim
Solat ini termasuk amalan sunnah yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah SAW dan tidak pernah ditinggalkan, seperti yang diceritakan oleh Aisyah RA:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukan satu pun solat sunat yang dilakukan secara terus-menerus melebihi dua rakaat (solat fajar) Subuh
HR Bukhari
Niat Solat Sunat Sebelum Subuh

Berikut adalah lafaz niat solat sunat 2 rakaat sebelum subuh:
Lafaz Niat Solat Sunat Sebelum Subuh Jawi
اُصَلِّى سُنَّةَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ ِللهِ تَعَالَى
Niat Solat Sunat Sebelum Subuh Rumi
Usholli sunnatash subhi rok’ataini qobliyatan mustaqbilal qiblati lillahi ta’ala
Maksud niat solat sunat sebelum subuh
Aku niat mengerjakan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat, menghadap kiblat kerana Allah yang Maha Tinggi
Cara Solat Sunat Sebelum Subuh
Kalau ada yang bertanya, soalan solat sunat sebelum subuh dilakukan sebelum adzan atau selepas azan?
Jawapannya adalah Solat sunat sebelum Subuh dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dilakukan setelah azan Subuh dikumandangkan dan sebelum mendirikan solat fardu Subuh.
Tata cara pelaksanaannya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain, iaitu:
- Membaca niat.
- Melakukan takbiratul ihram.
- Membaca surah Al-Fatihah, diikuti salah satu surah dalam Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua).
- Melakukan rukuk.
- Bangun i’tidal.
- Sujud pertama.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud kedua.
- Berdiri untuk rakaat kedua dan ulangi langkah-langkah di atas.
- Duduk tahiyat akhir.
- Mengucapkan salam dengan menoleh ke kanan dan ke kiri.
Doa Solat Sunat Sebelum Subuh

Berikut adalah doa yang dianjurkan untuk dibaca setelah melaksanakan solat sunat sebelum Subuh.
Lafaz Doa Solat Sunat Sebelum Subuh Jawi
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَإِسْرَافِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَمُحَمَّدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. أَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.
Lafaz Doa Solat Sunat Sebelum Subuh Rumi
Allahumma rabba jibrila wa israfila wa mika ila wa muhammadinin nibiyyi a’uzubika minannar.
Maksud Doa Solat Sunat Sebelum Subuh
Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Israfil, Mikhael dan Muhammad yang menjadi nabi. Aku berlindung kepada-Mu daripada api neraka.
Baca Pula : Panduan Solat Sunat Tahajjud (Niat, Cara & Doa)
Waktu Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat ini dilaksanakan selepas azan Subuh dan sebelum mendirikan solat fardu Subuh. Rasulullah SAW bersabda,
Rasulullah SAW dahulu diam antara azan muazin hingga waktu solat Subuh. Sebelum mula melaksanakan solat Subuh, baginda terlebih dahulu solat dua rakaat ringan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW dahulu diam antara azan muazin hingga waktu solat Subuh. Sebelum mula melaksanakan solat Subuh, baginda terlebih dahulu solat dua rakaat ringan.
HR Bukhari dan Muslim
Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
1. Mendapat pahala yang besar
Rasulullah SAW sangat menjaga pelaksanaan solat ini dan tidak pernah meninggalkannya.
Dari semua solat sunat, tidak ada solat sunat yang paling dijaga oleh Rasulullah SAW seperti dua rakaat solat sunat sebelum Subuh.
HR Bukhari dan Muslim
2. Menghapus dosa
Solat ini termasuk dalam amalan yang membantu menghapuskan dosa-dosa kecil, seperti yang disebutkan dalam hadis,
Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, dan Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antara keduanya, jika menjauhi dosa-dosa besar.
HR Muslim
3. Solat sunat sebelum subuh lebih baik dari dunia
Keutamaannya begitu besar sehingga Rasulullah SAW menyatakan bahawa kedua-dua rakaat solat ini lebih baik daripada dunia dan semua kandungannya.
Dari Saidatina Aisyah RA, malaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardu subuh:
Dua rakaat itu lebih baik bagiku daipada seluruh kandungan/isi dunia.
HR. Ahmad, Muslim dan At TIrmizi
Solat sunat sebelum subuh merupakan salah satu amalan sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kerana keutamaannya yang luar biasa.
Pahala yang diberikan sangat besar, malah lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Pelaksanaannya juga mudah dan tidak memerlukan waktu yang panjang. Semoga amalan ini menjadi penghapus dosa dan melindungi daripada azab neraka.