Niat Qada Solat Ganti Solat Fardhu – Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim. Namun, ada kalanya waktu solat terlepas kerana terlupa, tertidur, atau halangan tertentu.
Senarai Kandungan
Solusinya adalah melaksanakan solat qada, iaitu menggantikan solat yang tertinggal sebagai tanda tanggungjawab terhadap kewajipan kepada Allah.
Apa Itu Maksud Qada Solat?
Solat qada merujuk kepada pelaksanaan solat fardhu di luar waktunya. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madzhabi Imam al-Syafi’i, solat qada dilakukan apabila waktu solat telah berlalu atau waktu yang tersisa tidak mencukupi untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu rakaat.
Contohnya, jika seseorang tertidur sehingga tidak sempat menunaikan solat Subuh, solat tersebut wajib diganti segera selepas terjaga.
Begitu juga jika solat Zuhur terlupa, solat itu perlu dilakukan sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut.
Waktu Dilarang Qada Solat
Walaupun solat qada boleh dilakukan segera, terdapat beberapa waktu qada solat tertentu yang tidak dianjurkan, iaitu:
- Selepas Subuh hingga matahari terbit.
- Ketika matahari sedang terbit sehingga naik setinggi tombak.
- Ketika matahari berada tepat di atas kepala (istiwa’).
- Selepas Asar hingga matahari terbenam.
- Ketika matahari menguning sehingga terbenam sepenuhnya.
Itu adalah waktu yang diharamkan qada solat.
Syarat Melaksanakan Solat Qada

Beberapa syarat qada solat penting perlu dipenuhi untuk memastikan solat qada sah dan diterima:
1. Dilaksanakan segera setelah ingat
Solat yang tertinggal perlu diganti sebaik sahaja mengingatinya. Tidak dibenarkan melaksanakan solat sunat sebelum menyempurnakan solat qada.
2. Niat yang jelas
Niat untuk solat qada mesti dilafazkan dengan jelas.
3. Mengikut urutan waktu solat yang tertinggal
Jika lebih daripada satu waktu solat tertinggal, solat perlu dilaksanakan mengikut urutan. Sebagai contoh, jika Zuhur dan Asar tertinggal, solat Zuhur wajib didahulukan sebelum Asar.
4. Mematuhi tatacara solat fardhu
Semua rukun dan sunnah solat fardhu wajib dipatuhi, termasuk membaca Al-Fatihah, melaksanakan setiap gerakan dengan sempurna, dan diakhiri dengan salam.
Syarat Sahnya Solat Qada
Solat qada memerlukan syarat-syarat yang sama seperti solat fardhu pada umumnya, iaitu:
- Suci daripada hadas besar dan kecil.
- Menutup aurat mengikut syariat.
- Pakaian, tubuh badan, dan tempat solat hendaklah bersih.
- Menghadap kiblat.
- Melaksanakan semua rukun solat dengan sempurna.
Baca Pula : Solat Sunat Sebelum Subuh, Waktu, Lafaz dan Kelebihannya
Niat Solat Qada Berdasarkan Waktu Solat
Berikut adalah lafaz niat untuk menggantikan setiap waktu solat:
1. Niat Solat Subuh Qada

Niat Qada Solat Subuh Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Qada Subuh Rumi
Usolli fardhos subhi rak’ataini qadaan lillahi ta’ala
Maksud Niat Qada Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
2. Niat Qada Solat Zohor

Niat Solat Qada Zohor Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Qada Zohor Rumi
Usolli fardhoz zuhri arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala
Maksud Niat Solat Zohor Qada
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
3. Niat Qada Solat Asar

Niat Solat Qada Asar Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Qada Solat Asar Rumi
Usolli fardhol asri arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala
Maksud Niat Solat Qada Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
4. Niat Solat Qada Maghrib

Niat Qada Solat Maghrib Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Qada Solat Maghrib Rumi
Usolli fardhol maghribi salasa raka’atin qadaan lillahi ta’ala
Maksud Niat Qada Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
5. Niat Qada Solat Isyak

Niat Solat Qada Isyak Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Qada Isyak Rumi
Usolli fardhol isya’i arba’a raka’atin qadaan lillahi ta’ala
Maksud Niat Solat Qada Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Baca Pula : Niat Solat Jamak Qasar, Bacaan Jawi dan Rumi
Cara Qada Solat
Cara melaksanakan solat qada adalah sama seperti solat fardhu yang tertinggal.
Sebagai contoh, jika solat Zuhur tertinggal, qada solat Zuhur tetap dilakukan sebanyak empat rakaat. Begitu juga jika solat Subuh terlewat, qada dilakukan dengan dua rakaat seperti biasa.
Bagi sesiapa yang tertinggal solat kerana perjalanan jauh, tertidur, atau faktor lain, segera gantikan solat yang tertinggal dengan cara yang betul dan sempurna.
Solat qada adalah manifestasi tanggungjawab seorang Muslim dalam melunaskan kewajipan kepada Allah. Melaksanakannya menunjukkan kesedaran dan kesungguhan untuk memperbaiki ibadah yang tertinggal.
Jangan biarkan solat yang tertinggal menjadi beban di akhirat kelak. Segeralah tunaikan qada solat sebagai tanda keimanan yang tulus.