Niat Solat Jamak Qasar – Islam memberikan keringanan kepada umatnya dalam melaksanakan ibadah, terutamanya ketika dalam perjalanan jauh.
Senarai Kandungan
Antara kemudahan tersebut ialah solat jamak dan qasar. Dengan melaksanakan solat jamak dan qasar, umat Islam dapat menunaikan kewajipan solat lima waktu tanpa merasa terbeban, walaupun berada dalam situasi perjalanan yang mencabar.
Apa Itu Solat Jamak dan Qasar?
Menurut pandangan ulama, istilah “jamak” bermaksud menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu, manakala “qasar” pula bermaksud meringkaskan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.
Solat jamak dan qasar adalah gabungan kedua-dua konsep ini. Dengan ini, seseorang yang bermusafir boleh menggabungkan dua solat fardu dalam satu waktu (jamak) sambil meringkaskan bilangan rakaatnya (qasar).
Jenis Solat Jamak dan Qasar
Terdapat dua jenis solat jamak dan qasar yang boleh diamalkan:
1. Jamak Taqdim Qasar
Solat dilakukan pada waktu awal (taqdim).
Contoh: Solat Asar dilaksanakan pada waktu Zohor, atau solat Isyak dilaksanakan pada waktu Maghrib.
2. Jamak Takhir Qasar
Solat dilakukan pada waktu akhir (takhir).
Contoh: Solat Zohor dilaksanakan pada waktu Asar, atau solat Maghrib dilaksanakan pada waktu Isyak.
Syarat Solat Jamak dan Qasar
Untuk membolehkan solat qasar dilaksanakan, beberapa syarat wajib dipenuhi:
1. Perjalanan yang diharuskan dan erjalanan tersebut bukan bertujuan maksiat. Ia mestilah perjalanan yang dibenarkan, seperti menziarahi keluarga, melancong, atau urusan kerja.
2. Jarak perjalanan mestilah sekurang-kurangnya 82 km, yang bersamaan dengan 16 farsakh atau 2 marhalah dalam istilah fiqh.
3. Solat yang boleh di-qasar hanyalah solat fardu yang berjumlah empat rakaat, iaitu Zohor, Asar, dan Isyak.
4. Solat qasar hanya sah jika perjalanan masih diteruskan ketika solat dilaksanakan.
5. Niat qasar mesti dilakukan serentak dengan takbiratul ihram.
6. Seorang musafir yang solat qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang bukan musafir.
Baca Pula : Doa Solat Dhuha Rumi Dan Terjemahan
Niat Solat Jamak dan Qasar
Berikut adalah lafaz niat untuk melaksanakan solat jamak dan qasar berdasarkan jenisnya:
Niat Jamak Taqdim Qasar
1. Niat Solat Jamak Zohor dan Asar
Solat dilakukan pada waktu Zohor, dimulakan dengan solat Zohor dua rakaat, diikuti dengan solat Asar dua rakaat.

Niat Solat Jamak Tamam Zohor dan Asar Jawi
أصَلَّى فَرْضَ الظُّهْر رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجمُوعًا إِلَيْهِالْعَصْرُ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Jamak Zohor dan Asar Rumi
Ushallii fardhaz-zhuhri rak’ataini qashran majmuu’an ilaihil ‘ashru adaa’an lillaahita’aalaa.
Maksud Solat Jamak Takdim Zohor dan Asar
Aku berniat solat fardu Zohor dua rakaat secara qasar yang dihimpunkan kepadanya solat Asar kerana Allah Ta’ala
2. Niat Solat Jamak Maghrib dan Isyak

Solat dilakukan pada waktu Maghrib, dimulakan dengan solat Maghrib tiga rakaat, diikuti dengan solat Isyak dua rakaat.
Niat Solat Jamak Takdim Maghrib dan Isyak Jawi
أَصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا إِلَىالْمَغْرِبِ لِلَّهِ تَعَالَى
NIat Solat Jamak Takdim Maghrib Isyak Rumi
Ushallii fardhal ‘isyaai rak’ataini qasran majmuu’an illa maghribi lillaahi ta’aalaa.
Maksud Niat Solat Jamak Isyak dan Maghrib
Aku berniat solat fardu Isyak dua rakaat secara qasar yang dihimpunkan kepadanya solat Maghrib kerana Allah Ta’ala
Niat Jamak Takhir Qasar
1. Solat Zohor dan Asar
Solat dilakukan pada waktu Asar, dimulakan dengan solat Asar dua rakaat, diikuti dengan solat Zohor dua rakaat.

Niat Solat Jamak Zohor Kepada Asar Jawi
أصَلَّى فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًامَجْمُوعًا إِلَىالظُّهْرِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Jamak Solat Zohor dan Asar Rumi
Ushallii fardhal ‘ashri rak’ataini qashran majmuu’an ilazh-zhuhri adaa’an lillaahi ta’aalaa.
Maksud Solat Jamak Zohor dan Asar
Aku berniat solat fardu Asar dua rakaat secara qasar yang dihimpunkan kepadanya solat Zohor kerana Allah Ta’ala
2. Solat Maghrib dan Isyak
Solat dilakukan pada waktu Isyak, dimulakan dengan solat Isyak dua rakaat, diikuti dengan solat Maghrib tiga rakaat.

Niat Solat Jamak Maghrib Isyak Jawi
أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ تَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الْعِشَاءُ لِلَّهِ تَعَالَى
Niat Solat Jamak Takhir Isyak dan Maghrib Jawi
Ushallii fardhal maghribi tsalath rak’atin tajmu’an ilaihiil ‘isyaa’ lillaahita’ala.
Maksud Niat Solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak
Aku berniat solat fardu Maghrib tiga rakaat yang dihimpunkan kepadanya solat Isyak kerana Allah Ta’ala
Baca Pula : Surah Al Fatihah (Bacaan Rumi, Jawi dan Maksud)
Perkara Yang Membatalkan Solat Jamak dan Qasar
Walaupun solat jamak dan qasar memberikan kemudahan kepada umat Islam yang bermusafir, terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan pelaksanaannya.
Adalah penting untuk mengetahui perkara-perkara ini agar solat yang dilakukan tetap sah dan diterima oleh Allah SWT.
1. Keluar dari waktu solat yang ditentukan
2. Perjalanan untuk tujuan maksiat
3. Jarak Masa yang terlalu lama antara kedua-dua solat jamak.
4. Bermusafir dan niat untuk stay di tempat tuu lebih dari 3 hari
Solat jamak dan qasar adalah rahmat Allah SWT kepada umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermusafir.
Kemudahan ini bukan sahaja memastikan ibadah dapat terus dilaksanakan, tetapi juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang praktikal dan penuh dengan kasih sayang.
Dengan memahami syarat-syarat, jenis-jenis, dan cara pelaksanaannya, ibadah solat dapat dilakukan dengan sempurna walaupun berada dalam perjalanan jauh.