Doa Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan (Jawi & Rumi)

Hampiri malam 10 terakhir Ramadan dengan memperbanyak amal untuk meraih ganjaran pahala yang berganda, terutamanya pada malam ‘1000’ bulan. Pada 10 malam terakhir, Rasulullah shalallahu

Istinganah

Hampiri malam 10 terakhir Ramadan dengan memperbanyak amal untuk meraih ganjaran pahala yang berganda, terutamanya pada malam ‘1000’ bulan.

Pada 10 malam terakhir, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassaalam menunjukkan kesungguhan luar biasa, seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiallahu anha.

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]

Adakah kita bersedia untuk mengabdikan diri dalam ibadah di 10 malam terakhir?

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

Untuk meraih keutamaan malam Lailatul Qadar, Rasulullah menganjurkan umat Muslim untuk memperbanyakkan bacaan doa Lailatul Qadar sambil menjalankan itikaf di dalam Masjid.

Doa bulan ramadhan dan lailatul qadar ini merangkumi permohonan ampunan yang disarankan untuk dibaca sebanyak mungkin.

Doa 10 Ramadhan Terakhir Jawi

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Doa 10 Akhir Ramadhan Rumi

“Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii”

Terjemahan Makna Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Doa ini menyatakan dengan jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah memohon keampunan dari Allah.

Oleh itu, amalkan doa Lailatul Qadar sepanjang bulan Ramadan ini, kerana ia merupakan doa yang diucapkan oleh Baginda Nabi sendiri dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.

Originally posted 2024-03-15 01:30:00.

Tag

Jawatan Berkaitan

Leave a Comment