Bacaan Tahiyat Awal Dan Tahiyat Akhir – Tahiyat adalah salah satu rukun penting dalam solat yang tidak boleh ditinggalkan.
Senarai Kandungan
Bacaan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu tahiyat awal dan tahiyat akhir, yang masing-masing dilakukan pada rakaat tertentu dengan bacaan yang berbeza.
Bacaan Tahiyat Awal Dan Tahiyat Akhir
Bacaan Tahiyat Awal
Tahiyat awal dilakukan selepas sujud kedua pada rakaat kedua solat.
Bacaan ini mengandungi pujian, doa, dan syahadah kepada Allah dan Rasul-Nya. Berikut adalah bacaan tahiyat awal:

Bacaan Tahiyat Awal Jawi
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِاَ . للَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ
Bacaan Tahiyat Awal Rumi
Attahiyyaatul mubaarokaatush sholawaatuth thoyyibaatu lillaah. Assalaamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rohmatullahi wa barokaatuh. Assalaaamu’alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar rosuulullah. Allahumma sholli ‘alaa Muhammad.
Maksud Bacaan Tahiyat Awal
Segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan hanya untuk Allah. Semoga kesejahteraan sentiasa dilimpahkan ke atasmu, wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan semoga kesejahteraan sentiasa dilimpahkan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad.
Tahiyat awal biasanya dilakukan dalam posisi duduk biasa, di mana kaki kanan ditegakkan dan kaki kiri dilipat.
Bacaan Tahiyat Akhir
Tahiyat akhir dibaca pada rakaat terakhir sebelum memberi salam. Menurut Mazhab Syafi’i, bacaan ini merupakan rukun solat yang wajib dilakukan.
Posisi duduk ketika tahiyat akhir dikenali sebagai duduk tawaruk. Dalam posisi ini, kaki kanan ditegakkan, kaki kiri disilang di bawah, tangan kiri diletakkan di paha kiri, dan tangan kanan menggenggam sambil mengangkat jari telunjuk.
Berikut adalah bacaan tahiyat akhir yang disertai dengan selawat ke atas Nabi:

Bacaan Tahiyat Akhir Jawi
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ , أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ , اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Bacaan Tahiyat Akhir Rumi
At tahiyyaatul mubaarakaatush shalawaatuth thoyyibaatulillaah. As salaamu’alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wabarakaatuh, assalaamu’alaina wa’alaa ibaadillaahishaalihiin. asyhaduallaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna muhammad rasuulullaah.
Maksud Bacaan Tahiyat Akhir
Segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan hanya untuk Allah. Semoga kesejahteraan sentiasa dilimpahkan ke atasmu, wahai Nabi, juga rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan semoga kesejahteraan sentiasa dilimpahkan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana rahmat yang Engkau limpahkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya, sebagaimana keberkatan yang Engkau limpahkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam
Baca Pula : Panduan Solat Sunat Tahajjud (Niat, Cara & Doa)
Bacaan Salam Selepas Tahiyat Akhir
Selepas membaca tahiyat akhir, solat diakhiri dengan bacaan salam sambil menoleh ke kanan dan kiri. Berikut adalah bacaan salamnya:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Assalaamu alaikum wa rahmatullah.
Semoga kesejahteraan dan rahmat Allah dilimpahkan ke atasmu.
Doa di Tahiyat Akhir
Selain bacaan wajib, anda juga boleh menambahkan doa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW berdasarkan hadis daripada Aisyah:
Bacaan Doa Dilindungi daripada Fitnah Dajjal

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan fitnah Dajjal. (HR Bukhari dan Muslim).
Mengapa Bacaan Tahiyat Penting?
Bacaan tahiyat bukan sekadar bacaan biasa dalam solat, tetapi ia merupakan ungkapan rasa syukur, pengakuan, dan doa kepada Allah SWT.
Dengan memahami maknanya, kita dapat melaksanakan solat dengan lebih khusyuk.
Semoga penjelasan ini bermanfaat dan membantu anda memperbaiki amal ibadah setiap hari!