Bacaan Dalam Solat Serta Maksudnya – Solat bukan sekadar rangkaian gerakan, tetapi juga sarana komunikasi langsung antara hamba dengan Allah SWT.
Senarai Kandungan
Setiap bacaan yang dilafazkan mengandungi makna mendalam yang dapat meningkatkan kekhusyukan dalam beribadah.
Memahami dan menghayati setiap lafaz adalah langkah penting untuk memperoleh ketenangan dan keberkatan dalam solat.
Kepentingan Memahami Bacaan Dalam Solat
Setiap lafaz dalam solat mempunyai maksud yang mengandungi nilai pengabdian, doa, serta pujian kepada Allah.
Dengan memahami setiap bacaan, solat bukan sekadar rutin harian, tetapi menjadi sebuah ibadah yang membawa ketenangan dan meningkatkan kekhusyukan.
Selain itu, penghayatan dalam setiap bacaan juga membantu seseorang lebih fokus dan merasai kehadiran Allah dalam setiap sujud s`erta doa yang dipanjatkan.
Bacaan Solat Fardu Beserta Maksudnya
Setiap solat fardu dimulakan dengan niat dan diikuti dengan rangkaian bacaan tertentu. Berikut adalah bacaan niat solat lima waktu berserta maksudnya:
1. Niat Solat

Bacaan Niat Solat Subuh
Lafaz Niat Solat Subuh Jawi
أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْح رَكَعتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لله تَعَالَى
Niat Solat Subuh Rumi
Ushalli fardhas subhi rak’ataini mustaqbilal qiblati adaa-an (ma’mumam/imaaman) lillaahi ta’aalaa.
Maksud Niat Solat Fardhu Subuh
Aku berniat solat fardu Subuh dua rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta'ala (sebagai makmum/imam).
Bacaan Niat Solat Zuhur
Niat Solat Zuhur Jawi
اُصَلِّيْ فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعاَتٍ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لله تَعَالَى
Niat Solat Zuhur Rumi
Ushalli fardhadz dzuhri arba’a raka’aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma’mumam/imaaman) lillaahi ta’aalaa.
Maksud Niat Solat Zuhur
Aku berniat solat fardu Zuhur empat rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta'ala (sebagai makmum/imam).
Bacaan Niat Solat Asar
Niat Solat Asar Jawi
أُصَلِّى فَرْضَ العَصْرِأَرْبَعَ رَكَعاَتٍ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لله تَعَالَى
Niat Solat Asar Rumi
Ushalli fardhal ‘ashri arba’a raka’aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma’mumam/imaaman) lillaahi ta’aalaa.
Maksud Niat Solat Asar
Aku berniat solat fardu Asar empat rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta'ala (sebagai makmum/imam).
Bacaan Niat Solat Maghrib
Lafaz Niat Solat Maghrib Jawi
أُصَلِّى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعاَتٍ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لله تَعَالَ
Niat Solat Maghrib Rumi
Ushalli fardhal maghribi salasa raka’aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma’mumam/imaaman) lillaahi ta’aalaa.
Maksud Lafaz Niat Solat Maghrib
Aku berniat solat fardu Maghrib tiga rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta'ala (sebagai makmum/imam).
Bacaan Niat Solat Isya
Lafaz Niat Solat Isyak Jawi
أُصَلِّى فَرْضَ العِشَاء ِأَرْبَعَ رَكَعاَتٍ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لله تَعَالَى
Niat Solat Isya Rumi
Ushalli fardhal ‘isyaa-i arba’a raka’aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma’mumam/imaaman) lillaahi ta’aalaa.
Maksud Niat Solat Isya
Aku berniat solat fardu Isya’ empat rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta'ala (sebagai makmum/imam).
Baca Pula : 3 Pembahagian Rukun Solat, Rukun Qauli, Fi’li dan Qalbi
2. Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram adalah bacaan pertama yang diucapkan ketika memulakan solat. Lafaznya sangat ringkas:
اللَّهُ أَكْبَرُ
Allahu Akbar
Allah Maha Besar.
Takbir ini menandakan seseorang telah memasuki fasa solat dan meninggalkan segala urusan dunia buat sementara waktu untuk beribadah sepenuh hati kepada Allah.
3. Doa Iftitah

Selepas takbiratul ihram, doa iftitah dibaca sebagai pembuka sebelum membaca surah Al-Fatihah. Doa ini merupakan bentuk pengagungan kepada Allah dan permohonan keampunan.
Terdapat beberapa versi doa iftitah yang boleh diamalkan:
Versi Pertama
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
Subhaanakallahumma wa bi hamdika wa tabaarokasmuka wa ta’aala jadduka wa laa ilaaha ghoiruk.
Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji-Mu. Maha Berkat Nama-Mu. Maha Tinggi Kekayaan dan Kebesaran-Mu. Tiada sesembahan yang berhak disembah dengan benar selain Engkau. (HR Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)
Versi Kedua
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنْ الدَّنَسِ اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Allahumma ba’id baynii wa bayna khotoyaaya kamaa baa’adta baynal masyriqi wal maghrib. Allahumma naqqinii min khotoyaaya kamaa yunaqqots tsaubul abyadhu minad danas. Allahummagh-silnii min khotoyaaya bil maa-iwats tsalji wal barod.
Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, salju, dan embun. (HR Bukhari dan Muslim)
Versi Ketiga
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اِهْدِنِى لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِى مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Allahumma robba jibroo-iila wa mii-ka-iila wa isroofiila, faathiros samaawati wal ardhi ‘aliimal ghoibi wasy syahaadah anta tahkumu bayna ibaadika fiimaa kaanuu fiihi yakhtalifuun, ihdinii limakhtulifa fiihi minal haqqi bi-idznik, innaka tahdi man tasyaa-u ilaa shirootim mustaqiim.
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Engkau yang menjatuhkan hukum untuk memutuskan apa yang mereka pertentangkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran yang dipertentangkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan jalan yang lurus kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. (HR Muslim)
Versi Keempat
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ مِنْ نَفْخِهِ وَنَفْثِهِ وَهَمْزِهِ
Allahu akbar kabiiro, allahu akbar kabiiro, allahu akbar kabiiro, walhamdulillahi katsiiro, walhamdulillahi katsiiro, walhamdulillahi katsiiro, wa subhanallahi bukrotaw washilaa, wa subhanallahi bukrotaw washilaa, wa subhanallahi bukrotaw washilla a’udzu billahi minasy syaithooni min nafkhihi, wa naftshihi, wa hamzih.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang. Aku berlindung kepada Allah dari tiupan, bisikan, dan godaan syaitan. (HR Abu Daud)
Baca Pula : 13 Rukun Solat yang Betul, Jangan Keliru!
4. Surah Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah adalah bacaan wajib dalam setiap rakaat solat. Ia dikenali sebagai Ummul Kitab atau Ibu Segala Surah kerana mengandungi intipati keimanan dan hubungan antara manusia dengan Allah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Bismillahir rahmaanir rahiim. Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamin. Ar rahmaanir rahiim. Maaliki yaumid diin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraatal mustaqiim. Shiraathal ladziina an’amta ‘alaihim ghairil maghduubi ‘alaihim waladh-dhaalliin.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Pemilik Hari Pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Surah Al-Fatihah menjadi penghubung antara hamba dan Tuhannya, mengandungi doa serta pengakuan kebergantungan manusia kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan.
5. Bacaan Rukuk

Ketika rukuk, seorang Muslim mengagungkan Allah dengan bacaan berikut:
سُبْحَانَ رَبِّيْ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhaana robbiyal ‘adziimi wabihamdih (dibaca 3 kali)
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan dengan memuji-Nya.
Bacaan ini menunjukkan kerendahan hati di hadapan Allah, mengakui kebesaran-Nya dalam setiap aspek kehidupan.
6. Bacaan I’tidal

Selepas rukuk, bangkit untuk berdiri tegak dengan membaca:
سمع الله لمن حمده
Sami’allaahu liman hamidah
Allah Maha Mendengar terhadap orang yang memuji-Nya.
Kemudian, diteruskan dengan:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
Robbanaa lakal hamdu mil us samawaati wamil ul ardhi wamil u maa syi’ta min syain ba’du.
Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji sepenuh langit dan bumi, serta sepenuh apa yang Engkau kehendaki sesudah itu.
I’tidal adalah rukun yang tidak boleh ditinggalkan. Jika terlepas, solat menjadi tidak sah.
7. Bacaan Sujud

Sujud merupakan saat paling dekat antara seorang hamba dengan Allah SWT. Ketika meletakkan dahi di tanah, lafaz berikut dibaca:
سُبْحَانَ رَبِّيْ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Sub haana robbiyal a’la wabihamdih (dibaca 3 kali)
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi, dan dengan memuji-Nya.
8. Bacaan Duduk di Antara Dua Sujud

Setelah sujud pertama, duduk sebentar sebelum melakukan sujud kedua sambil membaca:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي وَاعْفُ عَنِّي
Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’aafinii wa’fu ‘annii.
Ya Allah, ampunilah dosaku, rahmatilah aku, cukupkanlah segala kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berilah aku kesihatan, dan berilah ampunan kepadaku.
Doa ini menggambarkan permohonan seorang hamba yang benar-benar mengharapkan keampunan dan kurniaan daripada Allah SWT.
9. Bacaan Tasyahud Awal dan Akhir
Mazhab Syafi’i meletakkan tasyahud awal dan akhir sebagai sebahagian daripada rukun solat. Lafaz yang dibaca adalah:
Tasyahud Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْك أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ, أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ،
Attahiyyaatul mubaarokaatush sholawaatuth thoyyibaatu lillaah. Assalaamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rohmatullahi wa barokaatuh. Assalaaamu’alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar rosuulullah. Allahumma sholli ‘alaa Muhammad.
Segala penghormatan, keberkahan, selawat, dan kebaikan hanya bagi Allah. Semoga salam sejahtera selalu tercurah kepadamu, wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Semoga keselamatan juga tercurah kepada kami dan seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad.
Tasyahud Akhir

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ صَلَّيْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ اَللَّهُمَّ باَرِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ باَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Allahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa shollaita ‘alaa Ibroohim wa ‘alaa aali Ibroohimm innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa Ibroohim wa ‘alaa aali Ibroohimm innaka hamiidum majiid.
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Ketika membaca tasyahud, seorang Muslim menegaskan keimanannya kepada Allah SWT dan kesetiaan kepada Rasulullah SAW.
10. Salam

Salam menjadi tanda berakhirnya solat, dengan lafaz berikut:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Assalaamu ‘alaikum wa rahmatullah
Semoga keselamatan dan rahmat Allah dilimpahkan kepadamu.
Mazhab Syafi’i dan Malikiyyah menyatakan bahawa salam pertama menandakan selesainya solat. Salam ini juga mengandungi doa untuk keselamatan dan kesejahteraan bagi sesama Muslim.
Kesimpulan
Setiap bacaan dalam solat mempunyai makna yang mendalam dan menjadi kunci kepada kekhusyukan dalam beribadah.
Memahami makna di sebalik setiap lafaz dapat meningkatkan hubungan spiritual dengan Allah SWT dan menjadikan solat lebih bermakna.
Menghayati setiap bacaan bukan sahaja memperindah ibadah tetapi juga memperkukuhkan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Semoga panduan ini membantu dalam memperbaiki amalan solat agar lebih sempurna dan diterima oleh-Nya.